Agak lama jugak aku tak tengok blog PPIK ni.. Bukan tak mau tengok tapi terlupa terus nak up date hehehhe.. Nak kata busy, kadang2 xbusy.. Tapi biasa la kalo xbusy pun, aku dok tolong makcik2, pakcik2, abg2, kakak2 n adik2 yang datang n gunakan komputer ni.. Buat kertas kerja la, folio la, kena taip surat la, macam2 la aku dok buat.. best gak dapat bagi ilmu sikit2 pasal komputer ni kat org kg aku ni kan.. rasa aku yg x pro pun skarang ni dah macam pro la pulak. ye la ari2 dok ajaq org, lama2 dgn2 aku skali blajo skali la.
Skarang ni musim demam. Satu umah aku demam tu.. Anak2 buah aku demam campak. Aku lak demam biasa je. ada la 2-3 ari gak la sampai kena amik mc. Memang xlarat langsung nak mai buka site ni. Dok pikiaq cian kat makcik2 yg dok senamrobik pagi tu xleh nak guna komputer.. Tapi nak buat camne, aku memang xlarat sgt2. Nak jalan pun xlarat. Last2 p klinik amik ubat, dah tu mkn ubat pastu tido sampai ptg.. Baru la ok cikit..
Aritu plan nak letak macam2 tapi ada masalah yg xdapat dielakkan, maka nanti2 la aku up date blog PPIK aku ni yer...
c yaa..
Isnin, 18 Mei 2009
Isnin, 5 Januari 2009
SUNGAI DUA, PULAU PINANG
Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient), merupakan salah satu negeri di utara Semenanjung Malaysia.
Sungai Dua terletak di Seberang Perai Utara negeri Pulau Pinang. Pengunjung yang datang dari sebelah selatan mahu pun utara hanya perlu mengambil jalan keluar di Persimpangan Sungai Dua. Jarak Sungai Dua dari Pulau Pinang adalah kira-kira 25 kilometer sahaja. Justeru, kebanyakan penduduk di sini tidak mempunyai masalah untuk menyeberangi Jambatan Pulau Pinang untuk sampai ke kawasan pulau.
Sungai Dua merupakan sebuah pekan kecil yang padat dengan penduduk. Pekan kecil ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk kesenangan penduduk.
Langgan:
Catatan (Atom)