Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient), merupakan salah satu negeri di utara Semenanjung Malaysia.
Sungai Dua terletak di Seberang Perai Utara negeri Pulau Pinang. Pengunjung yang datang dari sebelah selatan mahu pun utara hanya perlu mengambil jalan keluar di Persimpangan Sungai Dua. Jarak Sungai Dua dari Pulau Pinang adalah kira-kira 25 kilometer sahaja. Justeru, kebanyakan penduduk di sini tidak mempunyai masalah untuk menyeberangi Jambatan Pulau Pinang untuk sampai ke kawasan pulau.
Sungai Dua merupakan sebuah pekan kecil yang padat dengan penduduk. Pekan kecil ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk kesenangan penduduk.